Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT 2010



Semua kakitangan unit Multimedia dan ICT mengucapkan selamat menyambut tahun 2010 kepada semua yang melayari laman blog ini. Terima kasih keatas sokongan anda semua sepanjang 2009. Sentiasalah,melayari laman blog ini kerana pelbagai pengumuman, maklumat, aktiviti dan sebagainya akan terus dipaparkan secara langsung, cepat dan tepat melalui laman ini sepanjang 2010. Sepanjang 2009, pelabagi aktiviti unit kami telah adakan dan yang paling menarik sekali adalah penganjuran Photocamp 2009 Taman Pulau Tiga yang banyak memberi kami maklumbalas yang sangat berguna untuk penganjuran photocamp siri dua yang bakal diadakan sekitar bulan april 2010. Oleh itu, teruslah bersama kami dan melayari laman blog ini sentiasa.terima kasih.

Monday, December 28, 2009

PHOTOMARIN PULAU TIGA



Gambar-gambar hidupan marin ini telah diambil sendiri oleh peserta-peserta bengkel photocamp 2009. hanya satu kawasan kecil seluas 5 kaki persegi dikenalpasti untuk di gunakan lokasi penggambaran. Kualti gambar seperti diatas memerlukan pencahayaan yang baik seperti penggunaan flash yang betul.Seting untuk apreture 4.5 dan shutter speed 1/500.ISO pada 400.

Tuesday, December 8, 2009

BORANG SOAL SELIDIK

Salam sejahtera.Kami merasa bersyukur keatas usaha dan kerjasama dari semua pihak semasa Bengkel berlangsung. Peserta-peserta menunjukkan komitmen yang tinggi didalam menjalankan apa jua tugasan yang diberikan. Kami percaya dan yakin, peserta-peserta semua sudah mempunyai skill yang baik didalam bidang fotografi. kemahiran ini perlu diteruskan dimasa-masa akan datang dan jangan berhenti setakat bengkel ini sahaja. Oleh itu, kami bercadang untuk meneruskan penganjuran camp yang kedua di tempat yang berbeza pada tahun hadapan. Berkemungkinan besar kami akan menjemput semua peserta pada bengkel pertama ini untuk menyertai bengkel kedua yang lebih mencabar dengan pelabagi teknik-teknik fotografi yang baru dan terkini. Oleh itu, demi menjayakan rancangan kami ini, adalah perlu satu soal selidik dikalangan peserta diperolehi untuk menambahbaik untuk penganjuran bengkel kedua.

Borang soal selidik ini haruslah diisi dan dihantar kepada unit multimedia sdelewat-lewatnya pada minggu hadapan iaitu pada hari khamis 17/12/2009.Semua peserta haruslah mengisi dan tiada yang terkecuali.Berilah komen yang boleh kami jadikan aras pengukur keberkesanan bengkel pertama untuk penyediaan bengkel kedua nanti. Selamat mengisi dan terima kasih.sila isi melalui facebook kami.

Monday, December 7, 2009

HASIL KERJA PESERTA FOTOCAMP 2009


TAHNIAH KEPADA PESERTA BENGKEL

Kami dari semua AJK Bengkel Fotocamp Pulau Tiga mengucapkan tahniah kepada peserta bengkel yang menghabiskan bengkel ini dengan jayanya. Walaupun bengkel sudah selesai, namum kami tidak akan habis begitu sahaja, banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk kebaikan bersama demi jabatan, unit dan juga kepada peserta. Gambar-gambar terbaik peserta sudah kami paparkan di pusat pameran pejabat pentadbiran dan pengurusan pulau tiga. Selain itu, gambar-gambar ini akan dimasukan kedalam Coffee table book yang menarik.

Friday, December 4, 2009

LOW SHUTTER SPEED



Peserta Bengkel diajar menggunakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu kesan khas dengan melukis cahaya di waktu malam iaitu ketika cahaya gelap. Peserta mula memahami kegunaan shutter speed untuk menghasilkan satu kesan khas yang menarik.

Thursday, December 3, 2009

HARI KETIGA


pada hari ketiga, semua peserta dikehendaki mengambarv menggunakan teknik yang diajar. Pada sesi ini, peserta diminta untuk menggambar kemudahan2 yang ada di pulau ini. sebelum itu, peserta dikehendaki mengeluarkan idea dengan paling kreatif untuk white studio shooting.

HARI KEDUA




Semua peserta terlibat dengan pengenalan asas fotografi yang disampaikan oleh Mr. John L. Kong dan rakan-rakannya daripada Borneo Image.Pada sebelah petang itu ketika matahri hampir terbenam, semua peserta diajar menggunakan low swhutter speed.Setiap hasil akan dibentangkan pada sebelah malamnya untuk komen dan tips2 yang berguna untuk memperbaiki skill menggambar.

Wednesday, December 2, 2009

Hari Pertama Fotocamp Pulau Tiga 2009





Terima kasih keatas kesudian Ybhg. Pengarah Taman-Taman Sabah, En. Paul Basintal, sudi merasmikan majis . Begitu juga dengan kehadiran Penolong Pengarah Pentd, Kew dan P.S.M, En. Daring Laban, Penolong Pengarah Penyelidikan Dr. Maklarin Lakim, Pegawai Latihan , En. Affendy Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam En.Ak. Mohd. Rodzan , Pengurus Taman Pulau, Tn. Hj. Tahir Samsudin, peserta Bengkel dan ahli MBJ.Terima Kasih.
Pada sebelah Malam, satu sesi taklimat lanjutan selepas taklimat pada sebelah petang mengenai pergerakan dan program-program yang akan diadakan sepanjang bengkel berlangsung.