Monday, February 23, 2009

Laporan ringkas bengkel terkini - Bengkel definisi pewaris & garis panduan







Bengkel Definisi & Garis Panduan Taman Marin Tun Sakaran
Bengkel ini diadakan pada 17 & 18 Disember 2008.
17 Disember 2008, mesyuarat kecil diadakan bagi tujuan pengaturan acara untuk keesokkan hari. Pengerusi mesyuarat tersebut adalah Encik Ludi Apin. Mesyuarat tersebut diadakan di Seafest Ballroom, Semporna pada sekitar jam 7.



18 Disember 2008, bengkel bermula sekitar jam 9. Bengkel tersebut dihadiri oleh para pewaris serta tetamu-tetamu kehormat dari pelbagai jabatan kerajaan. Pengambilan gambar dan video dilakukan oleh 2 ahli staff multimedia iaitu Ab. Ghaffar dan Davien Jones. Laporan secara video mengenai bengkel akan diterbitkan oleh unit multimedia dalam masa terdekat di mana DVD ini akan diedarkan kepada pihak-pihak atasan sabah parks sebagai rujukan pada masa akan datang. Terima Kasih.

Laporan ini disediakan oleh Davien Jones

Sunday, February 22, 2009

Perancangan Aktiviti sepanjang Tahun 2009

Berikut kami senaraikan beberapa aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Antaranya ialah :
1. Menerbitkan satu video profail berkenaan Taman Banjaran Crocker.
-Penggambaran kebanyakkanya akan dilakukan di keningau,Tambunan, Tenom dan Kimanis.
-Video dicadangkan mempunyai masa durasi tayangan selama lima minit.
-skrip dan storybard pada masa ini masih di peringkat penghalusi isi-isi kandungan yang penting dan cara penyampaian narrator yang lebih baik dan lancar.

2. Ekspedisi penggumpulan foto dan video koleksi.
bakal diadakan awal tahun ini.
-Mengumpul seberapa banyak maklumat gambar dan video di salah satu kawasan taman yang akan ka mi cadangkan kemudian.
-Peserta terdiri dari kakitangan unit multimedia, unit-unit lain di bahagian penyelidikan dan penguatkuasaan.
-Seorang pakar fotografi akan dijemput sebagai fasilitator.
-Semua bahan maklumat video dan foto akan dikatalog dan akan digunakan pelabagai tujuan.

3. Penyelanggaran server tempahan pulau sipadan dan penyelenggaran SM2 dan Sistem GATS bahagian pentadbiran.

4. Penghasilan broucher dan poster untuk pelbagai tujuan seperti pameran.

Sunday, January 4, 2009

KURSUS SERVER 2009



Tajuk Kursus : Pengendalian Server Ibu Pejabat, Taman-Taman Sabah

Tempat : ISRO TRADING, Kingfisher Kota Kinabalu

Masa : 8.00 Pagi -5.00 Petang

Peserta :

1. Azami Bongsu

2. Ab. Ghaffar Takunai

3. Davien John

Tujuan Kursus:

1.Memberi pengenalan tentang server di Ibu Pejabat Taman-Taman Sabah.

2. Kegunaan server.

3. Pengendalian server

sekian. harap maklum.

Thursday, January 1, 2009

Tahun 2009

Hari ini masuk sudah hari kedua tahun 2009. Tahun baru ini kami mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan juga penghasilan bahan-bahan berbentuk multimedia untuk kepentingan Taman-Taman Sabah. Januari ini kami mulakan dengan penggunaan multimedia di internet. Antarnya ialah penggunaan blog. Semua aktiviti dan pergerakan unit multimedia akan dimasukkan dan dipaparkan didalam blog ini. Pelbagai maklumat untuk meningkatkan motivasi diri didalam kerja antara yang memenuhi ruang blog ini. Kepada yang mempunyai idea dan pandangan, dialu-alukan menghantar email atau terus attach komen anda di blog ini.

Tuesday, December 30, 2008

Kakitangan Unit Multimedia




Gambar-Gambar diatas merupakan kakitangan unit Multimedia. Gambar pertama dari atas ni, saya sendiri (Azami Bongsu), Gambar kedua tu (Ab. Ghaffar Takunai) manakala gambar yang paling bawah ni merupakan junior unit Multimedia (Davien Jhon) baru beberapa minggu di unit ini. Dia pakar system kami di unit Multimedia. Gambar Bos unit kami belum masuk lagi (Ak. Rodzan Pg. Dahlan).

Selamat Mengunjungi Blog Unit Multimedia

Salam Sejahtera,
Setelah sekian lama iaitu sekitar 8 tahun unit ini ditubuhkan, tahun 2009 yang bakal menjelang tiba tinggal beberapa jam lagi pasti memberi satu cabaran hebat untuk unit kami terus bergerak maju, lebih efisen, cepat dan more kreatif lagi didalam penghasilan bahan-bahan berbentuk multimedia.

Tirai 2009 kami mulakan dengan penggunaan multimedia di internet. Salah satunya adalah blog pertama kami ini.
Pelbagai bahan akan kami salurkan dan paparkan didalam blog ini antaranya gambar-gambar program untuk sepanjang tahun, bahan-bahan maklumat pendidikan, penyelidikan dan sebagainya, poster-poster, pengumuman-pengumuman seperti latihan serta bahan-bahan yang sesuai.
Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya blog ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan Taman-Taman Sabah.
Sekian.