Friday, December 4, 2009

LOW SHUTTER SPEED



Peserta Bengkel diajar menggunakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu kesan khas dengan melukis cahaya di waktu malam iaitu ketika cahaya gelap. Peserta mula memahami kegunaan shutter speed untuk menghasilkan satu kesan khas yang menarik.

Thursday, December 3, 2009

HARI KETIGA


pada hari ketiga, semua peserta dikehendaki mengambarv menggunakan teknik yang diajar. Pada sesi ini, peserta diminta untuk menggambar kemudahan2 yang ada di pulau ini. sebelum itu, peserta dikehendaki mengeluarkan idea dengan paling kreatif untuk white studio shooting.

HARI KEDUA




Semua peserta terlibat dengan pengenalan asas fotografi yang disampaikan oleh Mr. John L. Kong dan rakan-rakannya daripada Borneo Image.Pada sebelah petang itu ketika matahri hampir terbenam, semua peserta diajar menggunakan low swhutter speed.Setiap hasil akan dibentangkan pada sebelah malamnya untuk komen dan tips2 yang berguna untuk memperbaiki skill menggambar.

Wednesday, December 2, 2009

Hari Pertama Fotocamp Pulau Tiga 2009





Terima kasih keatas kesudian Ybhg. Pengarah Taman-Taman Sabah, En. Paul Basintal, sudi merasmikan majis . Begitu juga dengan kehadiran Penolong Pengarah Pentd, Kew dan P.S.M, En. Daring Laban, Penolong Pengarah Penyelidikan Dr. Maklarin Lakim, Pegawai Latihan , En. Affendy Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam En.Ak. Mohd. Rodzan , Pengurus Taman Pulau, Tn. Hj. Tahir Samsudin, peserta Bengkel dan ahli MBJ.Terima Kasih.
Pada sebelah Malam, satu sesi taklimat lanjutan selepas taklimat pada sebelah petang mengenai pergerakan dan program-program yang akan diadakan sepanjang bengkel berlangsung.

Wednesday, November 18, 2009

Bengkel Fotocamp Siri 1




Bengkel akan diadakan pada 30Nov-06 Dis 2009.Tahniah kepada semua peserta yang terpilih. Bengkel ini merupakan bengkel yang julung-julung kali diadakan oleh unit kami. Pelbagai aktiviti diselitkan didalam bengkel ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut, bolehlah berkunjung di facebook photocamp kami.sekian.

Thursday, November 5, 2009

KURSUS ASAS FOTOGRAFI


KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL - EDISI KHAS KOTA KINABALU SABAH

Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital. Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk menghasilkan gambar seperti yang anda idamkan. Kursus popular ini kini akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah!

Tarikh: 14-15 November 2009
Tempat: Beverly Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI.

Saya mengalu-alukan kakitangan Taman-Taman sabah yang berminat dlm bidang fotografi mengikuti kursus yang bakal diadakan.Kita kira beruntung, fototeacher sudi menawarkan khidmatnya kepada peminat-peminat fotografi di Sabah. memang bagus subjek yang akan diajarkan

Bahan: http://www.fototeacher.com/blog/